Assalamualaikum semua,
Hari ini aku nak kongsi resepi lagi, sebab jumaat mesti dan tak ingat blog dan lagi la bila dah sampai kampung kan. Resepi bubur lambuk Terengganu ni bukan la yang betul sebab banyak bahan takde, tapi sebab teringin jadi aku buat juga. Sebabnya nak jumpa orang jual memang payah sikit rasanya macam bubur lambuk Johor yang memang takde yang jual dekat Kuala Lumpur atau Selangor. Oklah jom kita tengok resepinya ya. Walaupun tak lengkap dedaun yang ada bila Maktek puji cakap sedap sangat memang rasa seronok betul.
Bahan-bahan:
2 cawan beras
12 cawan air
6 ekor ikan selayang, rebus dan ambil isi
3 ulas bawang putih,kisar
2 biji bawang merah besar, kisar
1 inci halia, kisar
1 ikat pucuk ubi
2 ikat pucuk paku
1 ikat pucuk manis
1 ikat daun kesom
1 pek kerisik
2 sudu sedang serbuk lada hitam
2 kotak kecil santan
3 biji keledek oren, potong sedang
Daun bawang
Garam secukupnya
Cara masak:
- Dalam periuk noxxa masak dulu beras hingga jadi bubur. 2 cawan beras 12 cawan air.
- Masukkan semua bahan lain, bahan kisar, daun-daun, isi ikan yang dah di kisar, santan, serbuk lada hitam dan kerisik.
- Masak untuk 20 minit guna mode stirfry hingga betul-betul masak, lepas tu tambah ubi keledek, garam dan air dalam 2 cawan lagi. Tambahkan garam lepas tu boh bawang goreng.
* Kalau ikutkan banyak lagi daun-daun yang boleh di masukkan tapi aku memang tak jumpa. Jadi apa yang ada jelah ya. Kalau ikutkan bahan utama pucuk paku merah , daun kaduk .
![]() |
| Kalau ikutkan dia akan warna merah-merah dari pucuk paku merah tu |



















































